Islamic Home Loan and Refinance...Semua Bank dan LPPSA

Market Value Rumah

 

market value rumah

Apakah faktor - faktor yang bakal menentukan berapa nilai rumah anda dalam pasaran semasa?


Dalam proses jual-beli suatu hartanah atau rumah, terdapat beberapa faktor penting yang bakal mempengaruhi nilai semasa atau market value rumah anda apabila ditaksir oleh penilai professional yang telah dilantik oleh pihak bank atau anda sendiri sebagai pemilik rumah.


Penilaian hartanah adalah satu proses dan elemen penting dalam urusan jual-beli hartanah, tidak kiralah anda sebagai pembeli atau pun penjual. Kefahaman yang jelas berkenaan aspek penilaian hartanah sangat penting bagi membantu mengekalkan nilai jangkapanjang rumah anda dan memastikan anda mendapat pulangan yang sewajarnya bagi pelaburan atau jualan anda. 

Bagi pembeli pula, kefahaman tentang penilaian hartanah akan membantu anda membuat keputusan terbaik bagi memilih hartanah atau rumah dengan nilai yang terbaik dan sesuai untuk anda.


Berikut adalah faktor- faktor yang biasanya mempengaruhi nilai sesebuah hartanah atau rumah:

 

1.       Lokasi


nilai rumah


Sesebuah rumah atau hartanah akan lebih bernilai apabila berada di kawasaan bandar atau pun hampir ke pusat bandar. Harga rumah di kawasan bandar besar seperti di Georgetown dan Lembang Klang, Pulau Pinang, ada yang bernilai jutaan Ringgit dan semakin melonjak.


Walaupun begitu, sekiranya rumah di bandar besar itu berada di ‘kedudukan’ yang kurang menyenangkan seperti berhampiran dengan tanah perkuburan, stesen janakuasa ataupun loji kumbahan, maka nilainya boleh saja menurun dan tidak ramai yang berminat untuk membeli hartanah ini.


Selain daripada itu, kedudukan rumah yang menghadap cahaya matahari petang kurang bernilai kerana pemilik atau pembeli perlu mengeluarkan kos yang lebih untuk ‘menyejukkan’ rumah. Rumah yang menghadap dengan simpang T  juga mempunyai nilai yang rendah kerana risiko kenderaan terbabas ke dalam kawasan rumah serta risiko kemalangan lain.

 

 Kemudahan 


nilai rumah


Nilai rumah akan semakin melonjak apabila banyak kemudahan wujud di kawasan itu. Nilai rumah atau hartanah juga semakin meningkat di kawasan  lebuhraya utama yang baru dibuka. Rangkaian jalan raya yang baik dan kewujudan kemudahan stesen pengangkutan awam berdekatan ini akan memberi nilai tambah bagi ‘market value’ rumah anda.


Selain daripada itu, lokasi rumah atau taman perumahan yang berada berhampiran dengan kemudahan kesihatan seperti klinik dan hospital, institusi pendidikan, bank dan pasaraya serta pusat membeli-belah juga boleh meningkatkan nilai harga sesebuah hartanah kerana faktor-faktor ini menjadikan kawasan kejiranan itu lebih selesa untuk didiami untuk jangkamasa panjang. Rumah ini akan sentiasa mempunyai nilai yang tinggi dan menjadi pelaburan yang terbaik untuk pemiliknya.


 

2.       Penyelenggaraan


market  value rumah


Penyelenggaraan dan penjagaan rumah amat penting dilakukan dengan konsisten supaya kualitinya sentiasa berada pada tahap yang baik dan memuaskan. Kerosakan dan masalah akibat usia rumah yang semakin meningkat adalah sesuatu yang sudah boleh dijangka dan perlu sentiasa diperiksa dan ditangani segera. 

Penyelenggaraan secara berkala bagi sesebuah rumah penting dilakukan supaya anda memperoleh penilaian hartanah yang lebih baik dalam jangkamasa panjang. Pastinya hartanah atau rumah yang dijaga dan diselenggara dengan baik akan memperoleh penilaian hartanah yang baik daripada penilai rumah, berbanding dengan rumah yang diabaikan sepenuhnya bertahun-tahun.


 

 Pengubahsuaian


nilai rumah


Sebarang kerja-kerja pengubahsuaian juga boleh mempengaruhi nilai hartanah. Antara yang biasa dilakukan oleh pemilik ialah:

 

a) penukaran lantai

b) penambahan keluasan dalaman rumah

c) pembinaan kabinet dapur dan almari pakaian

d) membina siling plaster

f) memasang sistem penggera keselamatan

g) memasang sistem gerbang automatik


 
Kualiti pembinaan

 

nilai rumah


Kualiti bahan binaan yang digunakan dalam proses pembinaan rumah atau hartanah amat penting bagi menjamin ketahanan rumah untuk jangkamasa panjang. Bahan binaan berkualiti tinggi akan dapat bertahan untuk tempoh yang lama sebelum mengalami kerosakan.

Kualiti proses pembinaan juga adalah elemen penting dalam memastikan nilai aset hartanah sentiasa di paras yang memuaskan.

Unit-unit kediaman yang dibina beberapa dekad yang lalu masih boleh mempunyai nilai yang tinggi disebabkan kualiti bahan yang digunakan dan teknik serta proses pembinaan yang teliti.

Rata-rata pada hari ini, kebanyakan pemaju menggunakan bahan yang lebih rendah kualitinya bagi menjimatkan kos dan proses pembinaan berlaku dengan sangat cepat sehingga kualiti pembinaan terjejas.

Oleh itu, sangat penting bagi anda untuk mempertimbangkan harga rumah setanding dengan kualitinya dan tidak terpengaruh dengan gimik jualan penjual atau pemaju.