Islamic Home Loan and Refinance...Semua Bank dan LPPSA

Kos Beli Rumah

 

kos beli rumah

Bagi anda yang ingin membeli rumah, ianya tidak semudah pergi ke bank dan memohon pinjaman sahaja. Perancangan kewangan yang rapi dan persediaan simpanan yang mencukupi adalah sangat penting dalam urusan pembelian rumah kerana terdapat beberapa kos sampingan yang perlu diambilkira. Kos-kos  yang terlibat dalam proses pembelian rumah  ialah:

 

Yuran tempahan/ booking fee

Selepas anda memilih rumah yang sesuai untuk anda, terdapat sedikit bayaran yang perlu dikeluarkan dalam bentuk tunai, sebagai tanda anda ingin memiliki rumah tersebut. Bayaran ini dipanggil yuran tempahan rumah atau pun ‘booking fee’. Booking fee yang dikenakan biasanya sekitar 2 hingga 3 peratus daripada jumlah pinjaman iaitu sekitar 5000 ringgit. Bayaran ini perlu disediakan dalam bentuk tunai dan akan dibayar kepada pihak pemaju perumahan atau pihak yang bakal menguruskan proses pembelian rumah anda.

 

Bayaran pendahuluan/ downpayment

 Bayaran pendahuluan yang biasanya dikenakan dalam urusan pembelian rumah ialah 10 peratus daripada harga rumah.

Sebagai contoh mudah, sekiranya rumah yang ingin anda beli berharga RM500 000, nilai ‘down payment’ yang harus anda sediakan dan bayar ialah RM50 000. Nilai ‘booking fee’ yang telah dibayar, boleh ditolak daripada ‘down payment’ apabila anda menandatangani surat perjanjian jual beli rumah.

RM50 000 – RM5000 = RM45 000 ialah nilai bayaran pendahuluan yang perlu anda sediakan.

 

Memorandum Pemindahan/ MoT

Ini ialah sebuah perakuan pemindahan hak milik rumah kepada nama anda. Terdapat duti setem yang dikenakan dan kadarnya adalah seperti berikut:

1 peratus bagi RM100,000 yang pertama

2 peratus  bagi RM100 001 hingga 500 000

3 peratus bagi RM500 001 hingga RM1 juta

4 peratus bagi RM1 000 001 dan ke atas

 

Duti Setem

Selain daripada duti setem untuk perjanjian pemindahan, terdapat duti setem lain yang perlu anda bayar.

Cukai duti setem bagi perjanjian pinjaman ialah 0.5 peratus daripada jumlah pinjaman.

 

 Yuran guaman

Selain daripada berurusan dengan pihak bank dan pemaju perumahan, terdapat juga bayaran untuk urusan dokumen perjanjian yang disediakan oleh pihak peguam yang menguruskan jual beli rumah anda.

RM500000 yang pertama     = 1 peratus (tertakluk kepada jumlah minimum RM500)

RM500000 yang seterusnya = 0.8 peratus

RM2 juta yang seterusnya = 0.7 peratus

RM2 juta yang seterusnya  = 0.6 peratus

RM2.5 juta yang seterusnya = 0.5 peratus



Komisen Ejen Hartanah

Sekiranya urusan pembelian rumah diuruskan sepenuhnya oleh ejen hartanah, sudah tentulah terdapat bayaran atau yuran yang perlu dibayar kepada beliau. Bayaran ini perlu dijelaskan kepada ejen selepas anda selesai menandatangani semua dokumen penting pembelian rumah.

Menurut peraturan dalam Piawaian Agensi Hartanah Malaysia/Malaysian Estate Agency Practice (MEAS),

“Jika sekiranya perjanjian jual beli ataupun perjanjian sewa rumah tak mempunyai pra-syarat, yuran ejen hendaklah dibayar setelah perjanjian jual beli atau perjanjian sewa ditandatangani”


Bayaran komisen untuk bagi ejen hartanah,  yang telah ditetapkan oleh Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), ialah pada kadar maksimum 3 peratus daripada harga rumah/hartanah dan minimum RM1000 bagi setiap hartanah.