Islamic Home Loan and Refinance...Semua Bank dan LPPSA

Cara Apply Loan Rumah

 Cara Apply Loan Rumah

cara apply loan rumah
cara apply loan rumah


Cara Mohon Pinjaman Perumahan

Adakah anda mencari maklumat tentang cara untuk apply loan rumah dengan betul. Ramai yang ke bank tapi akhirnya 2-3 kali ulang alik kerana tidak lengkap dokumen dan tidak bersedia.

Ada juga yang sampai mendapat rate yang agak tinggi berbanding rate biasa, dan lebih malang, kena reject terus.

Amat penting untuk anda memahami cara apply loan rumah dengan betul supaya dapat meningkatkan peluang loan lulus. Jika anda ambil mudah, sekiranya anda gagal di sesebuah bank, rekod ini akan dapat dilihat di dalam sistem, dan seterusnya akan memberi kesan kepada permohonan dengan bank seterusnya. Anda mungkin ditolak atau tidak lagi tersenarai untuk mendapat rate yang paling rendah. Akhirnya anda yang rugi kerana loan rumah adalah jangka panjang. Sedikit perbezaan rate mampu memberi kesan yang besar kepada total jumlah bayaran anda.

Apakah Loan Rumah atau Pinjaman Perumahan?

cara mohon pinjaman perumahan
cara mohon pinjaman perumahan

 

Loan rumah atau pinjaman perumahan adakalanya di panggil juga gadai janji di Malaysia, bermaksud pembeli membuat pinjaman dengan pihak bank untuk membeli rumah dengan konsep gadai janji sepanjang tempoh pinjaman.

Biasanya dalam tempoh ini, pembeli akan dilindungi insurans atau takaful untuk baki pinjaman, jika sesuatu musibah berlaku kepada pembeli.

Pembeli juga biasanya perlu menyediakan deposit 10% kerana pihak bank biasanya akan beri hanya 90% sahaja loan bergantung situasi. Ada kalanya pembeli hanya mendapat 80%, 70% atau 60% sahaja pembiayaan.


Konsep Gadai Janji Loan Rumah

Di Malaysia, pinjaman perumahan adalah bersifat gadai janji dimana, sebenarnya pihak bank telah membayar progress payment sehingga full disbursement kepada pemaju perumahan. Kemudiannya, pembeli akan membuat perjanjian gadaijanji dengan pihak bank atau pembiaya.
Milikan sebenar adalah bank sehinggalah anda selesaikan loan rumah dengan pihakbank.


teori kelayakan kasar loan rumah
teori kelayakan kasar loan rumah

Teori Kelayakan Kasar Beli Rumah

Mengikut teori ini anda perlu belanja tak lebih dari 1/3 daripada gaji kasar anda untuk bajet beli rumah.

Contoh kiraan kelayakan kasar beli rumah:

Kelayakan = 1/3 X Gaji Kasar

Kelayakan = 1/3 X RM5000 = RM1667.00

Maka, anda perlu pastikan bulanan loan rumah anda tidak melebihi RM1667.00

Untuk renungan anda:

===================
Loan Rumah RM369,778
35y
4.5%
Monthly RM1750
===================
Loan Rumah RM591,645
35y
4.5%
Monthly RM2800
===================

Pengiraan DSR Kelayakan Loan Rumah

debt service ratio
debt service ratio

DSR (Debt Service Ratio) atau nama dalam bahasa Melayu Nisbah Khidmat Hutang, merupakan kaedah asas yang digunakan oleh banker dalam menilai kelayakan loan kita. Setiap bank akan menetapkan nilai minium DSR samada 60% atau 70% atau 85%.

DSR
DSR

Income:

  •     Pendapatan bulanan kita = RM5,000


Komitmen:

  •     Ansuran bulanan kereta = RM500
  •     Ansuran bulanan motor = RM150
  •     Ansuran bulanan hutang peribadi = RM400
  •     Ansuran bulanan kad kredit = RM500
        * komitmen hutang ini mestilah yang terdapat dalam rekod CCRIS. Di luar CCRIS tak kira.

        Total keseluruhan = RM1,550

Pengiraan DSR:

DSR = ( 1550/5000) X 100%
DSR = 0.31 X 100%
DSR = 31%

Jika bank menetapkan minimum DSR adalah 70%, maka nilai 31% ini dianggap melepasi syarat dan layak untuk apply loan rumah.