Islamic Home Loan and Refinance...Semua Bank dan LPPSA

Mengapa Refinance Rumah?



refinance rumah


Mengapa sesetengah orang memilih untuk refinance loan rumah mereka?

Apakah maksud ‘refinance’ atau pembiayaan semula pinjaman perumahan?

 

Refinance pinjaman perumahan bermaksud menggantikan pinjaman perumahan sedia ada dengan pembiayaan yang baru, dengan terma dan syarat yang berbeza. Pembiayaan semula ini boleh dilakukan di bank yang sama atau pun institusi kewangan yang berbeza. Tempoh pembiayaan akan berubah dan jumlah bayaran bulanan kepada pihak bank juga akan berubah.Terdapat juga kos-kos pengurusan dan kos-kos tambahan lain seperti duti setem dan bayaran penamatan awal pinjaman yang perlu diambil kira.



Antara sebab-sebab orang ramai mempertimbangkan untuk melakukan pembiayaan semula ialah:

 


refinance rumah


  • Mendapatkan wang tunai tambahan apabila harga rumah meningkat

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, harga rumah yang dibeli akan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Nilai hartanah yang dibeli pada tahun 2011 di Kawasan ‘hot spot’ terutamanya, semestinya akan meningkat berkali ganda harganya selepas 10 tahun.

Dengan melakukan pembiayaan semula atau refinancing, pemilik rumah akan memperolehi amaun tunai hasil perbezaan antara baki pinjaman yang perlu dibayar kepada pihak bank dengan nilai semasa rumah atau hartanah yang dimiliki.


Sebagai contoh mudah,

Encik Osman membeli rumah dengan harga RM200000 pada tahun 2011. Selepas 10 tahun, rumah yang sama bernilai pasaran RM400000. Baki pinjaman yang masih berbaki ialah RM100000.

Encik Osman boleh membuat pembiayaan semula pinjaman perumahannya dengan kelayakan 80 peratus daripada nilai semasa rumahnya dan mendapat pembiayaan bernilai RM320000. Daripada amaun ini, RM100000 digunakan untuk menyelesaikan baki pinjaman sedia ada dan bakinya selepas ditolak perkara-perkara yang perlu seperti duti setem, menjadi keuntungan bersih yang boleh digunakan untuk keperluan peribadi yang lain seperti pembiayaan pendidikan anak-anak, dijadikan pelaburan atau pun disimpan untuk kegunaan masa depan.


 

refinance rumah


  • Menikmati pembiayaan perumahan dengan kadar faedah yang lebih rendah dan mengurangkan ansuran bulanan

Kadar faedah pinjaman rumah akan ditentukan oleh ‘base rate’ (BR) bank masing-masing. BR pula banyak bergantung pada ‘overnight policy rate’(OPR). OPR yang ditetapkan oleh bank negara  akan menentukan kadar faedah pinjaman wang bagi setiap bank.


Ringkasnya, semakin rendah OPR,  semakin baik untuk anda mempertimbangkan untuk memohon pembiayaan semula pinjaman perumahan anda. Setiap kali OPR turun, bank akan meneruskan penjimatan kos ini dalam bentuk kadar ‘base lending rate’ (BLR) dan BR. Perkara-perkara ini akan membolehkan peminjam menikmati bayaran balik bulanan yang lebih rendah kepada pihak bank  disebabkan faktor faedah yang rendah ini.

 


refinance rumah


  • Memendekkan tempoh pinjaman

Mengambil contoh yang sama dalam kes Encik Osman di atas, pastinya selepas 10 tahun, tahap kewangan dan juga pendapatan beliau sudah stabil. Jadi, Encik Osman bercita-cita untuk menyelesaikan pinjaman perumahannya lebih awal daripada yang sepatutnya. Barulah selesa hidup tenang tanpa hutang-hutang besar.

Perkara ini boleh dicapai dengan memohon pembiayaan semula pinjaman perumahan. Dalam kes ini, disebabkan Encik Osman mahu memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman, jumlah faedah keseluruhan pastinya akan berkurang, tetapi bayaran bulanan akan meningkat disebabkan jumlah bulan bayaran balik yang sudah berkurang.


Anda boleh menggunakan kalkulator pinjaman yang disediakan di  loanstreet untuk mengetahui jumlah sebenar bayaran bulanan yang perlu dibayar sekiranya ingin memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman rumah.